10 tempat menarik di Pulau Pinang

0
553

Pulau Pinang memang mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Pulau Pinang terkenal dengan peninggalan sejarah yang banyak. Jadi disini saya ingin kongsikan tempat yang menarik di Pulau Pinang dan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk bercuti.

  1. PENANG AVATAR SECRET GARDEN

Saat menjejak kaki, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib. ia mengingatkan anda kepada filem avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: dibuka sehingga 12 tengah malam

Lokasi: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  1. ESCAPE THEME PARK

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

Bayaran Masuk: Dewasa RM83 | Kanak – Kanak RM55

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)

Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

  1. PENANG STREET ART

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Lokasi: Bandar George Town, Pulau Pinang.

  1. TOY MUSEUM HERITAGE PARK

Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun. Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.

Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-Kanak RM19

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

  1. MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM

Antara tarikan moden yang baru sahaja di buka di penang adalah Made in Penang Interactive Museum.Tempat ini dibahagkan kepada 5 tarikan yang popluar iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time. Tempat ini berjaya mempamerkan sejarah pulau ini dengan cara yang moden dan interaktif

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.

  1. JURASSIC RESEARCH CENTRE

200 DINASOUR dihidupkan kembali ! kanak-kanak pasti menyukai replica dinasor bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. memang menarik melihatnya di komtar iaitu di antara mercu di penang.

Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM48 / Dewasa RM58

Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00am-12:00am)

Lokasi: The Top@KOMTAR, 1 Jalan Penang, 10000 George Town Pulau Pinang.

  1. AMAZING WORLD STUDIO

Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM15

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.

  1. BUKIT BENDERA

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktivit menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Lokasi: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.

  1. FORT CORNWALLIS

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.30pm)

Lokasi: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang.

  1. PASAR MALAM BATU FERRINGHI

Jika anda berada di Batu Ferringhi, pastikan anda luangkan masa pada waktu malam untuk melawat Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7:00pm -12:00am)

Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.

Banyak lagi tempat menarik yang anda boleh lawati di Penang. Rancanglah percutian anda sebaik mungkin. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan boleh la rancang untuk bercuti disini. Sememangnya anda akan berasa seronok!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini