Tun Dr Mahathir ke layar perak

0
309

Bollywood bawa perjuangan Dr Mahathir ke layar perak

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman, yang sudah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum mendorong rakyat Malaysia mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.

“Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran serta cara rakyat Malaysia begitu merasakan ketika pembangkang (pada masa itu) menang (pilihan raya),” katanya.

Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, meranapkan gabungan Barisan Nasional (BN) yang begitu hebat di bawah pemimpin terdahulu, Datuk Seri Najib Razak, yang sudah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.

“Malaysia dilahirkan semula. Mei adalah hari baharu, Malaysia diberi peluang baharu,” kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Beliau juga mendapati watak Dr Mahathir penuh berwarna warni dan ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu.

“Ini membabitkan banyak penyelidikan dan kami sudah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik,” kata produser itu merujuk kepada M Krishnamoorthy, seorang bekas wartawan.

Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India selain di Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai.

Jangan tak percaya, PM kita juga boleh berlakon dengan baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini