15 Cara Menulis berkesan di Media Online – Website, Blog, Facebook, Email, Whatsaap.

0
1123

Cara menulis di media online mempunyai cara dan ciri tersendiri, demi kepentingan pembaca (user) dan juga mesin carian (search engine).

Menulis di media internet mesti mesra pengguna (user friendly), mudah dilihat (scan), sedap dibaca, mudah difahami, tidak memeningkan kepala, selesa di mata, mudah diserap. Istilahnya: scannable, mudah dicerap.

Menulis di media sosial juga harus mesra enjin carian, dikenali dengan istilah Search Engine Optimization (SEO) Friendly.

Mudah dikesan mesin carian (khususnya Google), mudah ditemui pembaca masa searching atau “Googling” (mencari info melalui mesin carian Google). Istilahnya: findable, mudah ditemui.

Berbeza dengan menulis di “media konvensional” (cetak) seperti suratkabar atau majalah, menulis di media sosial mesti ditujukan kepada dua sasaran utama: pengguna/pembaca dan mesin carian.

Tulisan di Media Online Itu Diserap, Bukan Dibaca

Tulisan di media online itu diserap (scan) oleh mata, bukan “dibaca” (read), karana ia terpampang “di dalam” skrin komputer atau “layar komputer”.

Daya tahan mata di depan skrin tidak sekuat di depan kertas atau buku. Oleh itu, daya tahan baca di media online lebih lemah berbanding media cetak.

Teknik menulis di media sosial – User Friendly

  1. Ringkas. Makin ringkas makin mudah dan menarik dibaca. Namun, jangan pula terlalu pendek, paling kurang 300 perkataan dan maksima 800 perkataan.

2. Pendek. Susun paragraf pendek dan ringkas. Gunakan bahasa jurnalistik yang berciri khas “hemat kata” (economy of words). Maksima lima baris perenggan.

3. Pecahan tajuk. Gunakan pecahan jika tulisan panjang.

4. Nombor. Menggunakan daftar bernombor atau “bullet” akan lebih baik.

5. Never bury the lead! Buatlah ringkasan atau isi cerita sebagai “lead” tulisan. Sebaiknya ada gambaran (ringkasan) tulisan di bahagian awal tulisan.

6. Jarak antara perenggan. Mesti ada “ruang putih” (white space) antaranya.

7. Think like a journalist! Susun penulisan berdasarkan urutan “terpenting-penting-kurang penting” (prinsip piramida terbalik) dan maklumat dalam unsur 5W1H. Ketengahkan bahagian utama penulisan di awal tulisan.

8. Text Styling: paragraf kiri. Gunakan dari kiri, bukan kiri-kanan (justify) karena paragraf kiri merupakan standard penulisan di internet World Wide Web Consortium (W3C).

Teknis Menulis di Media Online – SEO Friendly

9. Keywords. Tentukan kata kunci (keywords) yang menjadi sasaran — sekiranya dicari pengguna.

10. Keywords Density. Cantumkan kata kunci di tajuk, perenggan pertama, pertengahan tulisan, dan akhir tulisan — maksima 3% dari seluruh kata dalam penulisan. Jika terlalu banyak, boleh dianggap spam oleh enjin carian.
11. Original. Asli, tulisan sendiri, bukan “Copy Paste” ataupun “repost” tulisan orang lain
12. Usahakan tulisan langsung yang boleh di blog/website dalam keadaan online. Ini untuk menghindari “kecurigaan” search engine bahawa tulisan kita hasil “orang lain” (copy paste) dari blog orang.
13. Unik. Pilih tema yang menarik, unik, baru (terkini), dan dengan sudut pandang yang berbeza.
14. Tulisan harus mengandungi maklumat yang bermanfaat bagi orang ramai. Membawa kepada kebaikan dan manfaat semua.

15. Gaya bertutur (conversational styles) juga disenangi pembaca. Khalayak online lebih menerima gaya penulisan yang tidak konvensional.

Cara menulis di media online di atas berlaku untuk website atau blog, menulis email, menulis status panjang di Facebook, Google Plus, WhatsApp, dan media internet lainnya.

Semoga bermanfaat.
.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini