Alami Percutian Keluarga Bertaraf Antarabangsa Di Sunway Lagoon

0
283

Tanpa perlu ke luar negara menempah tiket penerbangan dengan tambang lebih mahal mahupun berhadapan masalah tempahan penuh, orang ramai masih boleh merasai percutian bertaraf antarabangsa pada musim cuti persekolahan di dalam negara.

Taman tema terulung, Sunway Lagoon menghimpunkan pelbagai jenis hiburan terutama taman tema airnya yang begitu popular di negara ini.

Bersempena dengan kempen “Waves of Fun”, Sunway Lagoon menjanjikan peluang terbaik buat seisi keluarga meluangkan masa bersama.

Sunway Lagoon terbahagi kepada lima taman – Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem dan Taman tema ‘Scream’.

Antara aktiviti meluncur di Sunway Lagoon.

 

Taman Air terdiri daripada ‘Waters of Africa’ dan ‘Surf Beach’. Tanpa perlu memandu jauh ke pantai, orang ramai boleh merasai pengalaman di pantai buatan manusia.

Dengan ombak setinggi lapan kaki, pantai ini juga sesuai dijadikan untuk aktiviti meluncur lain daripada lain kerana ia dibuat di dalam bandar.

Mewarnai Sunway Lagoon dengan kehijauan, Taman Hidupan Liar antara tarikan yang menjadi tumpuan pengunjung bagi pencinta hidupan dan alam semulajadi.

Menariknya di taman ini, ia menempatkan pasangan singa putih yang diberi nama Zola dan Zuri. Sunway Lagoon turut menganjurkan pertunjukan pelbagai hidupan liar di ‘Wildlife Theatre’.

Bagi mereka yang menggemarkan hiburan yang mendebarkan, Sunway Lagoon menyedarikan Lynton V. Harris Scream Park.

Taman hidupan liar untuk pencinta hidupan dan alam semulajadi.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, rakyat Malaysia tidak perlu berjalan jauh untuk mencari hiburan dan keriangan berkualiti untuk seisi keluarga.

“Seiring dengan inisiatif Cuti-Cuti Malaysia, kami menyediakan pelbagai aktiviti baharu dan promosi menarik bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan,” kata Choo.

Sehubungan itu Sean berkata, sempena cuti sekolah ini, pengunjung berpeluang menikmati diskaun 30 peratus daripada kadar kemasukan biasa menerusi dua pakej secara dalam talian – Keluarga dan 4 To Go.

Pakej Keluarga dengan dua dewasa dan dua kanak-kanak ditawarkan pada hanya RM378 berserta baucar belian RM10 dan baucar makanan.

Bagi pakej 4 To Go, ia meliputi empat tiket dewasa dengan kadar RM420 yang turut disertakan bersama baucar belian bernilai RM20.

Permainan air terbesar di dunia, Vuvuzela antara tarikan utama di Sunway Lagoon.

Kedua-dua pakej yang ditawarkan dari 21 November 2015 sehingga 3 Januari 2016 hanya untuk pembelian secara dalam talian di laman web Sunway Lagoon dengan maksimum dua pakej untuk setiap transaksi.

Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Selangor dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi 03-56390000 atau layari laman web Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com

SUMBER : M.STAR.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini