Mendaki Bukit Gasing, Destinasi Wajib Warga Kota

0
410

Sabtu bersamaan dengan 1 Julai 2017, bermulalah misi “kembalikan momentum” selepas beberapa bulan tidak terlibat dengan akitivti jungle trekking mahupun hiking. Misi ini bermula dengan aktiviti pendakian Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya. Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan kota boleh ada sebuah hutan untuk aktiviti yang sebegini? Hehehe.

Aktiviti pendakian ini disertai oleh dua orang sahabat universiti saya iaitu Aizat dan Afnan. Kami menghabiskan masa dalam 3 jam untuk meneroka keindahan alam semula jadi walaupun pendakian ke puncak hanya mengambil masa kira-kira 30 minit kerana kawasan ini ada beberapa track. Selain daripada keindahan alam semula jadi, faktor tarikan Bukit Gasing ialah jambatan gantung dan menara tinjau. Kami hanya sempat merasa jambatan gantung kerana sudah keletihan untuk pergi ke menara tinjau. InsyaAllah, ada rezeki boleh datang lagi dan naik menara tinjau pula.

 

                                peta Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur

                                            Selamat Datang

                                       yes, there are lots of trails

Untuk pengetahuan anda, Bukit Gasing juga terletak bersebelahan dengan Bukit Kerinchi di mana masing-masing diuruskan oleh pentadbiran yang berbeza iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

                      salah satu pintu masuk ke Bukit Gasing

         puncak tidak berapa tinggi dan tiada pemandangan yang menarik

  jika nampak papan tanda ini maksudnya anda dah sampai puncak Bukit Gasing

Seperti biasa di hari minggu, memang ramai orang dan merupakan satu perkara yang baru bagi saya melihat pendaki-pendaki membawa anjing peliharaan mereka bersama. Kemungkinan anjing mereka memerlukan senaman pendakian selain hanya dibawa berjalan-jalan di sekitar taman perumahan. A bit of advice, jika mahu membawa haiwan peliharaan bersama, pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi untuk mereka.

Saya ada perkongsian, ketika pendakian, berlaku betul-betul di hadapan saya (kerana track agak sempit), saya menyaksikan sifat saling bantu-membantu antara para pendaki walaupun berlainan kaum lantas membuktikan perpaduan kaum di negara Malaysia kita ini masih utuh bertahan.

Kejadiannya, seekor anjing spesis Husky kelihatan kehausan dan termengah-mengah. Secara tidak langsung, seorang perempuan Melayu menawarkan air mineral kepada tuannya, seorang lelaki Cina untuk diberi minum kepada anjing tersebut. Although its looks like a small matter, but this is what we are going to preserve.

 

                   the track is not bad for those who search for hiking

                                      jika anda senyap dan sabar…

                          elak daripada merosakkan jaring labah-labah

                                       jalan menuju ke menara tinjau

                     jambatan yang menghubungkan ke Bukit Kerinchi

                                              track di Bukit Kerinchi

                 tapak perkhemahan yang disediakan di Bukit Kerinchi

               kolam air yang terletak berhampiran Bukit Kerinchi

                salah satu sungai yang terdapat di sekitar Bukit Kerinchi

Alhamdulillah, sampai di sini sahaja coretan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca dan melawat blog saya.

SUMBER : KEMBARASKYRA

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/0174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini