Nasi Lemak Bumbung Seapark PJ Memang Terbaik

0
352

Sesiapa disini yang tidak suka makan nasi lemak? Selaku orang Malaysia, anda sepatutnya suka! Di sini kami kongsikan gerai pilihan untuk mencuba nasi lemak yang menarik.

Nasi Lemak Bumbung  Seapark PJ Yang Marvelouss

Jika inginkan nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis, bolehlah singgah di Nasi Lemak Bumbung yang terletak di Jalan 21/11B, Seapark, 46300, Petaling Jaya, Selangor.

Tidak sukar untuk mencari ‘landmark’ kedai makan ini. Ianya betul-betul terletak di Maybank Seapark. Di belakang bangunan gah ini. Jika menggunakan waze, anda hanya perlu menaip Nasi Lemak Bumbung Seapark.

Pasti anda akan terliur dan menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat kegemaran anda. Berdasarkan gambar, kami pasti anda sudah sedikit terliur. Jadi tidak hairan bagi kami anda terasa ingin mencubanya segera mungkin.

Nasi Lemak Bumbung
Nasi Lemak Bumbung

 

Restoran ini beroperasi 5 hari seminggu bermula Isnin. Jika nasi lemak dikenali sebagai menu sarapan pagi, Nasi Lemak Bumbung pula didapati bermula 5 petang sehingga 4 pagi.

Nasi Lemak Bumbung pernah diletakkan di dalam senarai 12 Nasi Lemak di Kuala Lumpur melalui laporan sebuah akhbar atas talian selain mendapat rating yang tinggi di sebuah laman sesawang peminat makanan.

Berdasarkan sumber, nasi lemak bumbung ini bermula di tepi jalan. Namun kesesakkan jalan raya yang disebabkannya membuatkan mereka terpaksa berpindah ke kawasan baru. Ianya terletak di celah lorong di antara dua kedai.

Yang baiknya di sini, tiada bau busuk yang datang daripada longkang berhampiran. Ianya agak bersih. Barulah seronok untuk makan bukan?

Servis Nasi Lemak Bumbung Super Cepat

Jangan terkejut apabila makan di sini jika anda akan dapati makanan anda akan sampai dahulu sebelum air. Al maklumlah biasanya perkara ini jarang berlaku.

Di sini juga anda tidak perlu malu. Anda perlu sedikit untuk berani bertanyakan tempat duduk kerana ramai sungguh yang datang bersantap di sini. Jika anda malu, alamatnya tidak dapatlah anda duduk untuk menjamah nasi lemak ini.

Untuk maklumat lanjut tentang tempat makan ini dan komen, bolehlah melawati Facebook mereka di link ini.

Apa lgi, jomlah terjah tempat makan nasi lemak yang menarik ini!

Jalan 21/11B, Seapark, 46300, Petaling Jaya, Selangor

SUMBER : SAJI.MY

==========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSIT
E
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOO
K
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Makan sedap di Shah Alam. Kedai Makan Viral di Shah Alam. Tempat makan best di Shah Alam. Makan murah di Shah Alam. Tempat makan di Shah Alam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini