Santapan Enak Di Restoran Tasik Indah

0
224

Penulis sebenarnya dah lama teringin nak makan ketam yang besar-besar ni. Tapi masih belum berkesempatan. Alhamdulillah, semalam ada orang sudi belanja makan. Rezeki, jangan di tolak. hehe

 

Restoran Tasik Indah Shah Alam

 

Penulis di bawa ke Restoran Tasik Indah untuk santapan makan malam. Memang indah sungguh restoran ini kerana di bina di dalam tasik. Restoran ini terletak di Seksyen 14, Shah Alam.

Suasana restoran juga selesa dengan angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu malam membuatkan badan yang penat terasa sedikit lega.

Restoran Tasik Indah Shah Alam
Restoran Tasik Indah Shah Alam

 

Makanan di restoran ini memang sangat sedap. Memang berbaloi dengan harganya. Keistimewaan restoran ini adalah, anda akan di layan sebaik mungkin.

 

Restoran Tasik Indah Shah Alam

Rotinya sangat lembut dan sedap

Restoran Tasik Indah Shah Alam
Restoran Tasik Indah Shah Alam
Restoran Tasik Indah Shah Alam

 

Menu utama di restoran ini ialah seafood, tomyam dan juga masakan panas yang lain. Penulis makan ketam banjir. Memang sangat sedap. Ketamnnya sangat fresh dan tip top!

Selain itu, tomyam putih di restoran ini juga terbaik. Memang kegemaran penulis suka sangat tomyam putih. Tapi bukan senang nak cari tomyam putih yang betul-betul sedap.

 

Restoran Tasik Indah Shah Alam

 

Memang tak puas la makan di sini. Restoran ini juga sesuai jika anda ingin makan bersama pasangan dan sukakan suasana yang romantik atau bersama keluarga. Penulis berikan 4.9 bintang daripada 5 bintang untuk Restoran Tasik Indah ini.

Restoran Tasik Indah

Alamat: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

No.Tel: 013-5519 8388
Facebook: Restoran Tasik Indah
Website: Restoran Tasik Indah

SUMBER: DENAI.MY

=======================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Makan sedap di Shah Alam. Kedai Makan Viral di Shah Alam. Tempat makan best di Shah Alam. Makan murah di Shah Alam. Tempat makan di Shah Alam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini