Masakan Kelantan Sedap di Restoran Srikandi Empire. Jangan Lupa Pesan Nasi Kerabu Daging Bakar

0
209

Masakan Kelantan bukan sahaja digemari oleh penduduk yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, malah turut digemari oleh penduduk di negeri-negeri lain. Menu ‘authentic’ Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, ketupat sotong mula menjadi carian ramai, terutama mereka yang menetap di ibu kota.

Restoran Srikandi Empire Sediakan Pelbagai Juadah Asli Kelantan.

Restoran Srikandi Empire mula beroperasi di Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam sejak 3 bulan lepas dengan menyediakan juadah-juadah sedap selera Kelantan. Antaranya Nasi Kerabu dengan pelbagai pilihan lauk, Nasi Dagang, Nasi Belauk, Nasi Kak Biey, laksam dan kuih-muih tradisional Kelantan.

Beberapa menu ‘panas’ yang sentiasa ditunggu-tunggu juga boleh didapati di sini seperti ketupat sotong, ayam percik Kelantan dan gulai daging batang pisang. Sangat UNIK!

menu masakan kelantan srikandi

 

Beroperasi dari awal pagi sehingga ke malam, menu-menu masakan Kelantan ini bersesuaian untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Memandangkan kunjungan kami pada kali ini adalah pada waktu pagi, kami memilih menu nasi dagang gulai ikan dan nasi kerabu daging bakar bersama jeruk bawang dan telur masin.

 

nasi-dagang

 

Selain menu-menu sedap Kelantan yang jarang dijumpai di tempat lain, cara makanan(nasi) dihidangkan di sini juga satu keunikan. Nasi kerabu/dagang kami dihidang di atas seakan-akan ‘penapis beras’ mini & dilapik dengan sekeping kertas alas. Nak tahu macam mana rupa benda itu, kenalah datang ke Restoran Srikandi!

 

nasi-kerabu daging bakar

 

Nasi Kerabu Daging Bakar, ditambah bersama bawang jeruk dan telur masin. Rasa tumis nasi kerabu di sini sama seperti yang terdapat di Kelantan! Masakan tidak, air tangan chef adalah anak jati Kelantan. Dihidangkan pula dengan keropok ikan keping asli dari sana. Menyelerakan! Tips cara makan nasi kerabu; pastikan nasi kerabu berwarna biru ini digaul bersama ulam-ulaman & tumis menggunakan tangan sehingga sebati. Barulah nikmatnya tidak terhingga.

 

Masakan Kelantan Sedap di Restoran Srikandi. 

masakan kelantan sedap

 

Menu asas di Restoran Srikandi ini adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar pertama di atas. Setiap minggu, seperti yang diupdate di Facebook Srikandi Empire, menu-menu istimewa lain akan disediakan mengikut permintaan dan kesesuaian masa. Menu ayam percik Kelantan, sambal mangga, solok lada, ketupat sotong dan tapai antara yang disediakan mengiku permintaan pelanggan. Jadi, sila intai-intai Facebook mereka sebelum berkunjung ke sana.

 

laksam kelantan

 

Laksam, menu sarapan pagi atau makan petang yang popolur di Kelantan dan Terengganu. Laksam diperbuat daripada tepung beras, manakala bahan utama untuk kuahnya adalah ikan. Juga dihidangkan bersama ulam-ulaman dan ditambah sedikit sambal belacan untuk rasa sedikit pedas.

 

ketupat-sotong
KETUPAT SOTONG.

 

Menu ‘RARE’ dan sangat susah dijumpai terutama di Lembah Klang. Ketupat Sotong ini diperbuat daripada sotong segar, pulut, santan dan manisan. Menu ini bukan menu rutin setiap hari disediakan oleh pemilik Restoran Srikandi. Sila sentiasa semak update terkini Facebook Srikandi Empire untuk menempah menu ini.

SERVIS KATERING SRIKANDI EMPIRE.

Srikandi Empire juga menyediakan servis katering untuk majlis-majlis dengan harga yang sangat berpatutan. Servis lunchbox dengan kuantiti minima juga disediakan dengan pelbagai pilihan menu. Boleh hubungi atau PM Facebook Srikandi untuk mengetahui lanjut tentang servis mereka.

 

Masakan Kelantan di Restoran Srikandi

 

SUMBER: MYSELERA.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM 
017 – 4060988 
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Makan sedap di Shah Alam. Kedai Makan Viral di Shah Alam. Tempat makan best di Shah Alam. Makan murah di Shah Alam. Tempat makan di Shah Alam. SACC, IDCC. UITM. Homestay Seksyen 7

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini