Padang Besar Perlis, Syurga Membeli Belah Di Utara Tanah Air

0
339

 

Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair… ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya… insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.

Wah langit biru, sawah menghijau… indahnya. (tetibe teringat Tsukuba)

 

Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan kai ke sini atau pon tak. Yang aku rasa macam tak pernah je jejak kaki kat situ, so kira ni kali pertama lah aku jejakkan kaki ke Padang Besar ni.

 

Bangunan pasar di Padang Besar.

 

Padang Besar terletak di sempadan Negeri Perlis dan Thailand (Bandar Songkhla) dan lokasinya adalah 35 km menghala ke Timur Laut bandar Kangar. Kalau dah ke sini, maka rugilah kalau tak singgah ke Padang Besar, kata mak aku barang-barang kat situ murah murah terutamanya pinggan mangkuk dan periuk belanga. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Padang Besar ni bertentangan dengan sebuah pekan di Thailand yang juga dinamakan Padang Besar.

Kat sinilah adanya pasar terbuka (open market) di mana konsepnya para peniaga dari Selatan Thailand dan Utara Malaysia bebas berbiaga di sini. Kalau perati betol-betol pun memang banyak orang Siam berniaga kat situ, dengar la bahasa yang diorang guna, memang bahasa Siam.

Memandangkan kami pergi Padang Besar ni, time cuti sekolah dan Hari Raya pulak tu, maka keadaan memang sesak la jugak. Aku try juga cari signagePadang Besar tapi tak jumpe, pasrah je la.

 

Antara barangan yang ada di sini!
Kacang ni sedap! satu balang RM5 kot, entah aku tak ingat.
Baju bajan pon ada!
Panas tapi tetap best!

 

Apa yang pasti ada beberapa bahagian di kawasan Padang Besar ni, bahagian hadapan ada kawasan tempat makan (restoran atau gerai-gerai makanan) dan ada juga kawasan pasar seakan akan pasar tani, sementara di bahagian tengah dan belakang ada bangunan pasar yang menjual pelbagai jenis pakaian, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Ada jugak buah-buahan seperti limau bali dan salak di jual di sini.

 

Bangunan pasar utama.
Pinggan mangkuk, periuk belanga, buah-nuahan dan pelbagai lagi ada di jual di sini.  Kena pandai-pandai la tawar menawar.
Keadaan dalam bangunan pasar.
Deretan kedai di tepi jalan.
Jenuh cari tulisan Padang Besar, alih alih jumpe yang kat sini je! Hehehe

 

Lama jugak la kami berlegar-legar kat situ. Maklumla, kaum ibu kalau dah datang kat tempat-tempat macam ni memang naik sheikh la!  Ok bagi sesiapa yang ke negeri Perlis, jangan lupa singgah kat Padang Besar ye! Tak rugi singgah.

Psstt: Sebenarnya aku tak rasa pon barang-barang kat sini MURAH… mahal jugak sebenarnya, pepandai la korang tawar menawar ye. Good Luck!
WASSALAM.

 

SUMBER: JANGGELTREKKING2.BLOGSPOT.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini