Pusat Sains Negara Cawangan Utara Alor Setar, Jom Melawat

0
291

Beberapa bulan yang sudah, saya berkesempatan bersama anak-anak dan keluarga adik saya pergi ke Muzium Padi yg terletak di utara tanahair, di Alor Setar Kedah to be specific. Tetapi, post kali ni bukannya tentang Muzium Padi.

Pada mulanya memang ada plan untuk menulis pasal Muzium Padi. Tetapi, bila sampai ke sana, apa yg ada di dlm Muzium Padi tu tak begitu menarik. Balai pamerannya hambar, tak banyak benda yg saya rasa boleh menarik minat orang ramai especially kanak-kanak. Satu-satunya feature yg saya rasa worth mentioning ialah balai pameran berputar yg berada pada aras yg paling atas.

Bila di atas tu, seating stage akan berputar dimana kita boleh melihat “pemandangan” 360 darjah kawasan Alor Setar. Kenapa “pemandangan” di dalam inverted comma? Sebabnya pemandangan itu hanyalah lukisan atau mural yg dilukis di atas permukaan dinding. Kalau ada yang berminat nak ke Muzium Padi, saya syorkan teruskan la niat anda tu… mungkin saya yang rasa tak berbaloi ke sana, orang lain mungkin berlainan pendapat.

Berhampiran dengan Muzium Padi tu ada sebuah Pusat Sains Negara (PSN). Dibina sebagai sebuah cawangan di sebelah utara tanahair. Post kali ni pasal PSN tu la.

 

 

Lokasinya berhampiran dengan Muzium Padi, kurang 5 kilometer dari sana. Saya rasa PSN tu mungkin tak begitu dipromosikan, tak ramai pengunjung ke sana, agak lengang. Satu kebaikannya ialah parking senang nak dapat, tak perlu susah-susah nak mencari parking kosong. Satu benda lagi yg best…. masuk adalah percuma. Biasa la, Malaysian ni memang suka benda free. Termasuk la diri sendiri ni.

PSN dibuka 6 hari seminggu (ditutup pada hari Jumaat), tetapi saya tak pasti sama ada ia akan dibuka pada hari cuti umum atau pun tidak.

 

Bila sampai ke main lobby PSN tu, pada asalnya saya agak keberatan nak masuk. Rasa macam nak balik. Tak menarik langsung. Tak macam pusat sains. Ke saya ni high expectation?

Tapi bila kaki ni dah melangkah masuk ke main hall tu, hati ni terasa terlonjak sikit. Anak-anak pun dah mula excited.

 

 

Banyak booth atau station yg dibina di dalam main hall tu untuk showcase tentang anything related to science. Sungguh menarik. Setiap satu station atau booth akan berbeza antara satu sama lain. Booth dan station tadi tak begitu tinggi jadi senang untuk ibu dan bapa memerhati gerak geri anak-anak masing-masing di sana. Kan sesetengah kanak-kanak tu hyper sikit, lari melompat ke sana sini.

Tapi disyorkan ibu bapa ni jangan la duduk saja. Temankan la anak-anak supaya kita boleh ajar mereka sedikit sebanyak ilmu science ni. Bukan setakat ajar anak-anak, diri sendiri pun dapat menambah ilmu. Jangan risau, di setiap booth akan ada info, instruction dan guideline. Jadi tak le terkapai-kapai nak cuba faham apa yang cuba disampaikan pada setiap booth tu tadi.

Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar yg saya nak share. Tak banyak gambar yang saya ambil. Bukannya apa, kalau asyik ambil gambar ja, bila masa saya nak join anak-anak main!

 

 

Pada waktu-waktu tertentu (saya dah terlupa jadualnya…) akan diadakan Science Show. Beberapa orang petugas PSN akan berada di pentas untuk organizekan event ni. Mereka ni selalunya akan pull audience up to the stage (terutamanya kanak-kanak) untuk sama-sama berinteraksi dan mencuba science’s tip and trick. Saya tertarik bila mereka “membakar” tangan mereka on stage. Api betul! No kidding. Macam mana mereka buat? Pergi la ke sana untuk tengok….hhehehhe..

 

….dan kat bawah ni, ada sedikit lagi gambar-gambar aktiviti yg boleh dibuat di sana.

 

Sedar tak sedar, lebih 2 jam kami di sana. It was a fun and educational trip. Rasanya, itu bukan kali terakhir kami ke sana. Insyaallah, kalau ada kelapangan, kami akan sampai ke sana lagi.

SUMBER : PONDOKAJIB.BLOGSPOT.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini